TIGA BELAS AURAT WANITA*


*BISMILLAAH....*

*TIGA BELAS AURAT WANITA*

*1. Bulu kening*
_Menurut Bukhari, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan._
_-Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari._

*2. Kaki*
_Memakai gelang berloceng – Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan._

_-Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31._

_Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah._

*3. Wangian*
_Siapa sahaja wanita yangmemakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu_ _mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya_ _terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang._
_-Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban._

*4. Dada*
_Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka._
_– Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31._

*5. Gigi*
_Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaknat perempuan yang mengikir gigi atau_ _meminta supaya dikikirkan giginya. Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah._
_-Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani._

*6. Muka dan leher*
_Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu._

_Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah._

*7. Muka dan tangan*
_Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan memakai pakaian yang tipis._

_Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja._

_-Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari._

*8. Tangan*
_Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya._
_– Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi._

*9. Mata*
_Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya_
_– Petikan dari Surah An Nur Ayat 31._

_Sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam : Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. -Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi._

*10. Mulut (suara)*
_Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik._

_– Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32._
_Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi._
_– Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah._

*11. Kemaluan*
_Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin,hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka._
_– Petikan dari Surah An Nur Ayat 31._

_Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya._
_– Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar._

_Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah._
_– Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah._

*12. Pakaian*
_Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti._
_– Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah._
_Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59._

_Bermaksud: Hai NABI-NABI katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang._

_Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat._

_Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya._
_– Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim._

_Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu._

*13. Rambut*
_Wahai anakku Fatimah! Ada pun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya._

*Coppas : Umi Nur A-Rahman*
.
*.SEMOGA BERMANFAAT...*

Komentar

Postingan populer dari blog ini

Jadilah Spesialis atau Generalis

Menjemput Impian Dengan Cara Yang Gila* 🔥

Menembus batas, Menjemput mimpi